May 17, 2026 - FASSelangor FC akan menutup tirai saingan Liga Super 2025/26 dengan menyambut kunjungan PDRM FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8:15 malam.
Setakat ini, skuad Gergasi Merah berada di tangga ketiga liga dengan 49 mata terkumpul, satu mata dibelakang tempat kedua liga, Kuching City FC. Secara keseluruhan, pasukan telah mengharungi 23 perlawanan dengan catatan 15 kemenangan, empat keputusan seri dan empat kekalahan.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, pasukan akan terus memberikan komitmen penuh dalam aksi terakhir liga musim ini.
“Tidak kira siapa pihak lawan, kita sentiasa menghormati mereka dan bersedia untuk berikan cabaran terbaik bagi. Hari demi hari, kami perlahan-lahan menunjukkan karakter serta identiti permainan yang kita bina sebagai satu pasukan. Malam ini, kita akan terus berikan segalanya demi kelab dan para penyokong untuk mencapai keputusan kedudukan terbaik liga musim ini,” kata Kim Pan-gon.
Dapatkan tiket anda sekarang untuk bersama-sama berada di belakang pasukan dengan sokongan padu anda. Jumpa di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Gergasi Merah!
Bagi penyokong yang ingin mendapatkan kolaborasi terbaharu t-shirt dan jersi Selangor FC x Jonnie’s Bodega 05’ Tribute Capsule, jualan eksklusif akan berlangsung di Stadium MBPJ bermula jam 6 petang. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan penghormatan buat skuad treble 2005.
Pihak pengurusan Selangor FC para pemain akan berikan segalanya untuk perlawanan terakhir Liga Super 2025/26 bagi memastikan pasukan berada dikedudukan yang terbaik musim ini. Ayuh, Gergasi Merahku!
Demi Kebanggaan!